Kumpulan Gesa Kerajaan Tidak Letak Sebarang Syarat Untuk Kerakyatan Termasuk Anak Tidak Sah Taraf, Tiada Dokumen
KUALA LUMPUR, 21 Jun 2023 – Sekumpulan aktivis dan pertubuhan masyarakat sivil menggesa Kerajaan supaya tidak meletakkan sebarang syarat untuk memberi kerakyatan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
Ini termasuk bagi anak-anak yang tidak sah taraf dan tiada dokumen.
Lapor media tempatan, mereka berkata, hak kewarganegaraan tidak seharusnya mengecualikan anak-anak luar nikah kepada bapa Malaysia, mereka yang diambil oleh ibu bapa Malaysia, anak-anak terbiar dan anak-anak yang tidak mempunyai dokumen yang berasal dari generasi keluarga seperti itu.
Memetik kenyataan, “(Ini) tidak sepatutnya menjadi syarat untuk memberi hak kepada ibu Malaysia untuk memberikan kewarganegaraan kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.”
BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Sekeluarga Berangkat Tunai Haji
BACA JUGA: Penulis Menang, Disaman Guan Eng Setelah Persoal Motif Sumbangan RM4 Juta Sekolah Vernakular
BACA JUGA: Lebih 20 Ribu Pelajar Islam Bakal Hilang Tempat Di Selangor: Kita Boleh Saman PBT – Peguam
Dalam pada itu, kumpulan tersebut melahirkan kekecewaan susulan kurangnya penjelasan mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan yang bakal dibuat berhubung perkara tersebut.
“Kami selalu menerima mesej bercampur-baur daripada Kerajaan mengenai skop pindaan yang mereka ingin usulkan dan sama ada pindaan ini berlanjutan kepada isu-isu yang dipertikaikan.”
“Walaupun difahamkan perbincangan awal telah diadakan dengan beberapa pertubuhan masyarakat sivil, nampaknya mereka tidak dimaklumkan mengenai keseluruhan cadangan Kerajaan untuk meminda hak kewarganegaraan.”
“Kami kecewa dengan kekurangan penjelasan dan ketelusan ini, memandangkan Kerajaan baharu ini memberi jaminan soal keterbukaan,” kata kumpulan itu.
Justeru, mereka menggesa Kementerian Dalam Negeri membongkarkan sepenuhnya tahap dan implikasi pindaan Perlembagaan yang dicadangkan.
Tegas mereka, draf undang-undang untuk meminda undang-undang kewarganegaraan harus berdasarkan proses perundingan telus dengan semua pihak berkepentingan.