Antarabangsa

Korea Selatan Kurangkan Penerbangan Dari China

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEOUL, 31 Disember 2022 – Korea Selatan akan menghentikan sementara peningkatan penerbangan dari China sebagai langkah baharu selepas keputusan China menarik balik dasar sifar COVID-19 yang ketat.

Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo, berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan dijadikan satu-satunya pintu masuk untuk mana-mana penerbangan dari negara jiran itu.

Tambahnya lagi, Korea Selatan juga akan mengehadkan pengeluaran visa jangka pendek untuk warga China sehingga akhir bulan depan.

Selain itu, Korea Selatan seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan negara lain juga bakal mengenakan ujian mandatori COVID-19 ke atas pelancong dari China.

“Kami perlu segera bersedia untuk sebarang kesan riak domestik berikutan pelonggaran peraturan kuarantin China.”

“Kami akan bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih tegas sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, jika kami melihat peningkatan pesat jangkitan daripada ketibaan atau kemunculan varian baharu,” tegasnya.

Mulai bulan ini China mula melonggarkan sekatan COVID-19 sehingga menyebabkan gelombang jangkitan baharu, sekali gus mendorong negara lain mengenakan atau mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas pelancong dari negara itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: