Antarabangsa

Vaksin Covid: Kita Berbohong Kepada Rakyat – Presiden Perancis

PARIS – “Kita berbohong kepada rakyat apabila kita mengatakan ‘anda divaksinasi’.”

Itulah yang diucapkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron apabila ditanya oleh pemberita mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 AstraZeneca ke atas individu berusia 65 tahun ke atas.

Ucapan tersebut dibuat beberapa jam sebelum Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengesyorkan pemberian pemberian vaksin tersebut kepada individu dewasa di semua peringkat umur.

“Secara rasmi, dapatan awal mendapati bahawa vaksin AstraZeneca tidak efektif untuk orang yang berusia lebih 65 tahun,” katanya kepada pemberita

Macron juga turut mempersoalkan Syarikat Britain-Sweden dan Universiti Oxford mengenai penangguhan inokulasi dos kedua kepada penduduk.

Ia susulan pihak agensi kesihatan dan pengeluar berkongsi keberkesanan vaksin mestilah mempunyai jarak suntikan pertama dan kedua maksimun dalam jangka masa 28 hari sahaja.

Menurutnya lagi, keputusan susulan adalah daripada EMA dan pihak berkuasa kesihatan Perancis kerana beliau tidak mempunyai data dan pasukan saintifik sendiri.

Sebelum ini, suruhanjaya vaksin Jerman mengesyorkan agar vaksin yang dibangunkan AstraZeneca dan Universiti Oxford itu tidak sepatutnya diberikan kepada warga emas berusia lebih 65 tahun. 

Ini berdasarkan rekod Jawatankuasa Khas Vaksinasi Robert Koch Institute (RKI) Jerman yang mendapati, tiada data yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu terhadap kumpulan umur berkenaan.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button