Hampir RM900 Bilion Dana COVID-19 AS Disonglap
AMERIKA SYARIKAT, 28 Jun 2023 – Lebih dari $200 bilion (RM900 bilion) dana bagi program-program bantuan COVID-19 telah disonglap, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh badan pemerhati persekutuan.
Badan yang sama juga telah menyatakan bahawa US Small Business Administration (SBA) telah melonggarkan kawalannya kerana tergesa-gesa dalam mengagihkan dana tersebut.
BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM
BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN
BACA JUGA: Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Sulu
Sekurang-kurangnya 17 peratus daripada keseluruhan dana yang berkaitan dengan program Economic Injury Disaster Loan (EIDL) dan Paycheck Protection Program (PPP) yang dibuat oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah diagihkan kepada pihak-pihak yang berkemungkinan menipu.
Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi sebuah laporan yang diterbitkan oleh Inspector General Office of US Small Business Administration pada Selasa lalu.
Laporan tersebut menyatakan bahawa pihak mereka telah mengenalpasti beberapa skim yang digunakan oleh para penipu dalam mencuri dana daripada para pembayar cukai AS dan juga dalam mengeksploitasi program-program yang dibuat bagi membantu mereka yang memerlukan.
Pihak SBA telah mengagihkan wang sebanyak sekira-kira $1.2 trilion daripada dana EIDL dan dana PPP yang mana kedua-duanya adalah bagi tujuan bantuan COVID-19.
Amerika Syarikat kini sedang menjalankan penyiasatan berkenaan banyak kes-kes penipuan dan kepalsuan yang berkaitan dengan program-program bantuan kerajaan.