Tempatan

Sejuta Pelancong China Menjelang 2023 – MITA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2022 – Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) menjangkakan sejuta pelancong China akan tiba di negara ini pada 2023.

Presiden MITA, Uzaidi Udanis berkata, “Berdasarkan data Tourism Malaysia, kira-kira tiga juta pelancong China telah tiba pada 2019, jadi kami menjangkakan sejuta pelancong China akan melawat Malaysia pada tahun hadapan.”

Walaupun pembukaan China akan memanfaatkan industri pelancongan negara, mereka membuat anggaran lebih kecil kerana terdapat beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan.

“Tambang penerbangan yang tinggi adalah salah satu kebimbangan utama kami. Sudah tentu, kami tidak akan berkompromi dengan keselamatan negara, tetapi kami desak Kerajaan untuk mengurangkan sekatan visa pelancong seperti visa semasa ketibaan,” kata Uzaidi.

Tambahnya, kekerapan penerbangan semasa antara kedua-dua negara masih rendah iaitu sekitar 40 peratus berbanding kekerapan pra-pandemik pada Disember 2019.

Melihat kepada perkembangan semasa China yang membimbangkan ketika ini, Uzaidi turut berkata, “Kami mahu pelancong datang, dan kami juga mahu mengawal wabak itu. Saya percaya Kerajaan kita akan mengambil langkah berjaga-jaga seperti saringan kesihatan, ujian kendiri dan laporan MySejahtera di pintu masuk.”

“Kita perlu hidup dengan virus (COVID-19), dan majoriti rakyat Malaysia sudah menerima dos penggalak mereka,” ujarnya.

Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA), Paul Paw pula memaklumkan, harga tiket penerbangan meningkat dua hingga tiga kali ganda berbanding sebelum wabak COVID-19 melanda negara.

Bagaimanapun, Paul percaya tiada peningkatan segera pelancong China selepas sekatan negara itu dilonggarkan kerana rakyat Malaysia akan mengambil masa beberapa bulan bagi memerhati situasi wabak di China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: