Menteri Rempuh Imigresen: Tidak Hormat Penjawat Awam, Langgar Bidang Kuasa Kementerian Lain
KUALA LUMPUR, 05 Julai 2023 – Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik menyifatkan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen baru-baru ini sebagai tidak menghormati penjawat awam serta melanggar bidang kuasa kementerian lain.
“Beliau langsung tidak menghargai langsung penjawat awam. Malah beliau pula sebagai menteri mengarah mengambil tindakan ke atas agensi di kementerian lain.”
“Ini menunjuk beliau tidak ada disiplin dalam Kabinet. Beliau sepatutnya membawa isu itu kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet dan Perdana Menteri yang akan arahkan.”
BACA JUGA: Malaysia Desak Majlis Keselamatan PBB Tuntut Zionis Hentikan Jenayah Kejam
BACA JUGA: Makan Daging Dijangkiti, 1 Maut, Puluhan Disahkan Positif Antraks
BACA JUGA: 197 Kawasan Hotspot Bencana Alam Dikenal Pasti Di Perak
“Tapi di situ (KLIA) beliau meraung-raung, arah Menteri KDN kerana ada rasuah tetapi beliau tidak ada bukti. Macam mana kita perlu Kabinet yang berdisiplin jika menteri pun porak peranda,” kata beliau memetik kepada laporan berita tempatan.
Jelas beliau, insiden itu merupakan sesuatu yang sangat memalukan serta menunjukkan bahawa beliau seorang menteri Kabinet yang tidak berdisiplin.
Merujuk kepada insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, Datuk Seri Tiong King Sing didakwa melepasi kaunter Jabatan Imigresen untuk ‘menyelamatkan’ seorang pelancong dari China yang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Lapor sebuah lagi berita tempatan, beliau mendakwa kehadirannya adalah untuk menghentikan ‘budaya rasuah’ Jabatan Imigresen yang didakwa berlaku dalam proses ketibaan warga asing di KLIA.