Tempatan

Varian COVID-19 Baharu Melanda, Rakyat Malaysia Digesa Pakai Pelitup Muka

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 07 November 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan agar orang ramai memakai topeng muka di kawasan sesak dan tertutup susulan gelombang baharu COVID-19 yang melanda negara.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan Subvarian Omicron XBB, varian baharu COVID-19 yang dikesan menjangkiti empat individu dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Baru-baru ini juga, dua kes yang melibatkan subvarian ini telah dikesan di Sarawak di mana seorang daripadanya merupakan pemilik pasport Amerika Syarikat dan seorang lagi pulang dari mengerjakan umrah.

Ujar Khairy, orang ramai perlu terus berwaspada dan mematuhi kaedah TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform and Seek) sekiranya mereka dijangkiti.

Beliau pada Isnin, 31 Oktober lalu pernah memaklumkan bahawa jangkitan COVID-19 yang disebabkan oleh subvarian XBB ini dijangka meningkat kepada 3,000 hingga 5,000 kes harian dalam beberapa minggu akan datang dengan puncak gelombang bertepatan dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: