Antarabangsa

COVID-19 Punca Penurunan Kadar Perkahwinan Dan Kelahiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HONG KONG, 23 Ogos 2022 – Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mendedahkan, kadar perkahwinan dan kelahiran itu telah menurun dan dipercayai berpunca daripada pandemik COVID-19.

“COVID-19 memberi kesan mendalam terhadap pengaturan perkahwinan dan kelahiran sesetengah rakyat China,” kata suruhanjaya itu.

Menurut suruhanjaya tersebut, ramai wanita menangguhkan rancangan untuk berkahwin atau mempunyai anak kerana risau akan kos pendidikan dan membesarkan anak yang semakin meningkat.

Tambahnya lagi, kawalan ketat ekoran dasar sifar-COVID yang diperkenalkan oleh negara itu juga mempengaruhi keputusan mereka.

Menurut ahli demografi, kelahiran baharu di China dijangka jatuh ke paras terendah tahun ini dengan ramalan penurunan di bawah 10 juta berbanding 10.6 juta bayi tahun lalu iaitu satu tahap 11.5% lebih rendah daripada pada 2020.

Pada 2021, kadar kesuburan di China merekodkan 1.16, iaitu salah satu kadar terendah di dunia di bawah kadar 2.1 yang dilihat oleh OECD sebagai perlu untuk populasi yang stabil.

Kini, China mengakui populasinya berada diambang penyusutan setelah melaksanakan dasar satu anak dari 1980 hingga 2015.

Oleh itu, pihak berkuasa di peringkat nasional dan wilayah telah memperkenalkan langkah-langkah seperti pengecualian cukai, cuti bersalin yang lebih lama, peningkatan insurans perubatan, subsidi perumahan dan wang tambahan untuk anak ketiga sepanjang tahun lalu untuk mengatasi masalah penyusutan populasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker