Hanya Kera Sumbang Tidak Dijangkiti COVID-19 – Doktor Korea Selatan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Korea Selatan, 26 Mac 2022 – Seorang pengamal perubatan dari Korea Selatan baru-baru ini menerima kritikan keras apabila beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang dewasa yang masih belum dijangkiti COVID-19 tidak mempunyai kawan.
“Orang dewasa yang masih belum dijangkiti COVID-19 adalah mereka yang mempunyai masalah perhubungan,” ujar Ma Sang-hyuk dalam sebuah hantaran di laman Facebook yang telah diturunkan.
Namun, lapor Insider, beliau menyatakan bahawa kenyataannya hanyalah sebuah ‘metafora’.
“Ia (hanyalah) untuk menekankan betapa payahnya untuk seseorang itu mengelak dari (terkena) virus (COVID-19) apabila ada banyak kadar kes (jangkitan dikenal pasti) dalam sesebuah kawasan.”
Kenyataannya mendapat pelbagai respon dalam kalangan pengguna internet, di mana seorang pengguna berseloroh:
“(Berhenti) menunding kepada saya,” ujar seorang pengguna di laman Twitter.
Tidak kurang juga yang meluahkan perasaan marah, di mana seorang pengguna Twitter lain menyatakan:
“Kenyataan sebegini akan buatkan orang mahu dapatkan COVID hanya supaya mereka tidak diejek sebegini. Biadap!”