Antarabangsa

Perdana Menteri Cambodia Disahkan Positif COVID-19 Tinggalkan G20

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PHNOM PENH, 16 November 2022 – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen yang telah didapati positif COVID-19 pada Selasa lalu telah memaksa beliau untuk meninggalkan mesyuarat Sidang Kemuncak G20 di Indonesia dan pulang lebih awal.

Beliau yang hanya mengalami simptom yang ringan turut menyatakan kebimbangannya terhadap kesihatan pemimpin dunia yang lain yang turut hadir pada persidangan tersebut.

Hun Sen yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), bimbang kerana ramai pemimpin yang berada di G20 Bali turut berada di Kemboja ketika beliau menjadi tuan rumah pada Sidang Kemuncak ASEAN dan Asia Timur yang berakhir Ahad lalu.

Dalam usaha mencegah risiko penyebaran virus, Indonesia, tuan rumah bagi Sidang Kemuncak G20 telah melaksanakan protokol COVID-19 yang ketat, ini termasuk pemakaian topeng, pemeriksaan suhu badan, antigen dan ujian swab PCR.

Setakat ini, menurut laporan, tidak pasti sama ada mana-mana pemimpin di mesyuarat G20 telah diuji positif untuk COVID-19.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: