Pakar China Dakwa Virus Covid-19 Bermutasi, Patut Diberi Nama Baharu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
SHANGHAI, 08 Disember 2022 – China harus menukar nama rasmi COVID-19 setelah virus itu bermutasi, kata pakar perubatan tradisional China.
Gu Xiaohong berkata nama Cina coronavirus itu perlu ditukar kepada nama yang boleh menerangkan ia adalah virus berjangkit.
Gu juga menyeru kerajaan China menukar cara menangani penularan virus itu iaitu dengan membenarkan pesakit yang mengalami simptom ringan menjalani kuarantin di rumah.
Katanya, China harus berubah daripada pengesanan pasif kepada pencegahan aktif.
Jelasnya, Persatuan Perubatan Cina China yang diketuainya telah mencapai kata sepakat untuk mengubah cara mereka menggambarkan virus itu.
Baru-baru ini, China mengumumkan akan melonggarkan sekatan COVID-19 setelah didesak oleh rakyatnya sendiri.
Keputusan itu dibuat setelah protes besar-besaran dibuat di seluruh negara dan insiden kebakaran maut akibat lockdown COVID-19 terjadi.