Tempatan

Kewajipan Pemakaian Pelitup Muka Akan Dibawa Ke Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan bahawa kewajipan pemakaian pelitup muka akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Saya juga akan bawa perkara ini dalam mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) dalam masa terdekat.”

Perkara itu dibangkitkan kepada beliau susulan langkah Singapura yang tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka baru-baru ini.

Menurut laporan samudera.my, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memaklumkan bahawa keputusan bakal menamatkan peraturan pemakaian pelitup muka di kebanyakan persekitaran dalaman adalah sebagai lanjutan negara itu melepasi era pandemik COVID-19.

Dalam pada itu Lee Hsien Loong memberitahu, gelombang terkini COVID-19 di Singapura semakin reda, oleh itu beberapa peraturan akan dilonggarkan dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: