Tempatan

Kadar Kematian Lebih Tinggi Berbanding Sewaktu Pandemik, KKM Perlu Siasat: Mantan Pensyarah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 OGOS 2023 – Mantan pensyarah Universiti Malaysia Perlis yang juga seorang penulis, Murray Hunter telah mengeluarkan kenyataan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia yang meninggal dunia kini berbanding dengan sewaktu berlakunya pandemik COVID-19.

Kenyataan beliau tersebut, menurutnya adalah disokong oleh statistik lebihan kematian yang mengukur jumlah kematian dari pelbagai punca sepanjang setahun dan dibandingkan dengan purata kadar kematian bagi tempoh sepanjang lima tahun terakhir.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan bahawa kadar lebihan kematian adalah rendah pada angka 2.4 peratus (+7,914) sewaktu berlakunya pandemik iaitu di antara Mac 2020 dan Disember 2021.

BACA JUGA: Jakarta Ungguli Carta Udara Paling Kotor Di Dunia

BACA JUGA: Kerugian Akibat Scam Boleh Cecah RM1.2 Bilion

BACA JUGA: Islam Agama Paling Cepat Berkembang, Atasi Jumlah Penganut Kristian

Namun terdapat statistik yang menunjukkan bahawa kadar lebihan kematian di Malaysia telah meningkat secara mendadak sehingga ke tahap di antara 2-48 peratus, dengan purata sekitar 20 peratus dari tempoh Januari 2022 sehingga Mei 2023.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web beliau, Hunter turut mengatakan bahawa berdasarkan angka jumlah orang-orang tua serta kematian dengan komorbiditi sewaktu pandemik, lebihan kematian sepatutnya menjadi lebih rendah daripada yang berlaku hari ini.

Beliau selanjutnya menyatakan bahawa Malaysia kini berdepan dengan pandemik yang tersembunyi dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun perkara ini tidak pernah dijelaskan.

Ujar beliau lagi, kadar lebihan kematian yang meningkat dengan kadar yang luar biasa sejak berlakunya pandemiK ini sepatutnya menjadi kebimbangan utama pihak KKM. Namun katanya juga tiada sebarang penzahiran kebimbangan yang dibuat oleh Ketua Pengarah KKM Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan mahupun Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: