Antarabangsa

Bersabit Pedofilia, YouTuber Dee Kosh Dipenjara 32 Minggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 11 Ogos 2022 – YouTuber Singapura Dee Kosh atau Darryl Ian Koshy telah dijatuhkan hukuman penjara selama 32 minggu atas kesalahan seksual melibatkan remaja lelaki bawah umur.

Dilaporkan bahawa Dee Kosh membayar empat orang remaja lelaki untuk melibatkan diri dalam video rakaman “istimewa”. Bukan itu sahaja, YouTuber popular itu juga membayar mereka sebagai upah bagi menutup mulut.

YouTuber tersebut telah mengaku bersalah pada bulan Mei atas satu pertuduhan menawarkan wang tunai kepada kanak-kanak bawah umur untuk perkhidmatan seksual, dan satu lagi pertuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Remaja untuk percubaan eksploitasi seksual terhadap orang muda.

Dia juga mengaku bersalah atas pertuduhan ketiga kerana membuat filem lucah.

Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa Dee Kosh melakukan kesalahan pertamanya antara 2016 dan 2017, apabila dia menggunakan kamera tersembunyi untuk merakam perlakuan hubungan seks antaranya dengan mangsa tanpa pengetahuan atau persetujuan bersama.

Pada mulanya bekas penyampai radio itu menafikan semua dakwaan. Tetapi beberapa hari kemudian dia menulis nota meminta maaf yang mana dia mengakui ada “kebenaran untuk beberapa perkara yang diperkatakan sekarang”.

Tarikh hukuman penjara bagi beliau telah bermula pada 5 Ogos 2022 lepas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: