Tempatan

Kementerian Pertimbang Tidak Perbaharui Lesen Taska Tiada CCTV

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUNDU, 14 Ogos 2023 – Pengusaha taska yang tidak mematuhi syarat wajib supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka kemungkinan tidak dibenarkan perbaharui lesen perkhidmatan.

Menurut menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska.

Jelasnya, Kerajaan sebelum ini telah mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

BACA JUGA: Kerugian Akibat Scam Boleh Cecah RM1.2 Bilion

BACA JUGA: Penyakit Anjing Gila Ragut 13 Nyawa Di Sarawak

BACA JUGA: Taman Permainan Awam Jadi ‘Zoo Mini’ Undang Pencemaran

“Dalam peraturan, pengusaha taska harus memperbaharui lesen perniagaan mereka setiap lima tahun dan antara syaratnya ialah mesti memasang CCTV.”

“Jika mereka tidak mematuhinya, kita boleh mengambil tindakan tegas untuk tidak memperbaharui lesen mereka,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penangguhan Pesta Sematan 2023, pada Ahad.

Mengulas lanjut ujar beliau, kes penderaan kanak-kanak di taska kini semakin membimbangkan dengan purata 20 kes dilaporkan setiap hari.

“Itu kes yang dilaporkan, jumlahnya mungkin lebih tinggi kerana ada yang tidak dilaporkan, sebab itu pengusaha taska harus mematuhi ketetapan kerana pemasangan CCTV akan meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke taska kerana mereka boleh mengesan jika berlaku kes penderaan.”

“Kita sering bercakap mengenai usaha untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja, tetapi jika ini satu cabaran (ketiadaan CCTV) mungkin mereka takut hendak menghantar anak mereka ke taska,” katanya.

Namun begitu, perbincangan teliti akan diadakan hari ini bagi memperhalusi perkara itu sebelum mengambil sebarang keputusan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: