Antarabangsa

Selepas Omicron, Centaurus Pula Mengganas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 16 Julai 2022 – Pakar virologi di United Kingdom seperti Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) kini memantau dengan teliti penyebaran varian baharu COVID-19 yang dinamakan sebagai ‘Centaurus’.

The Guardian melaporkan, kes yang berpunca dari varian BA.2.75 itu kini semakin mencanak naik di UK dan lebih cepat tersebar berbanding varian BA.5.

Centaurus, yang merupakan varian Omicron itu pada awalnya dikesan di India pada awal Mei lalu sebelum dikesan di UK.

“Subvarian ini nampaknya mengalami beberapa mutasi dan kita perlu memantau perkembangannya. Masih terlalu awal untuk menentukan ia boleh menangkis imuniti dan tahap keterukannya,” kata Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan.

Pakar virologi di Universiti Leeds, Dr Stephen Griffin pula berkata, peluang untuk varian baharu ini untuk berkembang jauh lebih tinggi dan pantas berbanding varian-varian COVID-19 yang lain sebelum ini.

“Ia bukan mutasi secara tepatnya, lebih kepada banyak bilangannya/gabungannya,” kata Dr Tom Peacock pula, ahli virologi di Imperial College London, yang merupakan orang pertama yang mengenal pasti Omicron sebagai kebimbangan yang berpotensi pada November 2021.

“Sukar untuk meramalkan kesan daripada banyak mutasi yang muncul bersama – ia memberikan virus sedikit sifat ‘wildcard’ di mana jumlah bahagian mungkin lebih teruk daripada bahagian secara individu,” tambah beliau.

Centaurus kini telah merebak ke kira-kira 10 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Britain, Jerman dan Australia. Penularannya lebih pantas berbanding varian BA.5 dan kini menggantikan BA.2 yang menjadi varian dominan di kebanyakan negara.

Leave a Reply

Back to top button