Tempatan

Transformasi Sungai Skudai Bakal Menjadi Sungai Contoh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 14 Ogos 2023 – Kerja-kerja pembersihan Sungai Skudai akan dilaksanakan menerusi program Johor Bersih, dengan mentransformasikan sungai tersebut sebagai sungai contoh.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Kerajaan negeri memandang serius mengenai tahap kebersihan Sungai Skudai di sini yang disifatkan sangat mendukacitakan dan dipenuhi pelbagai longgokan sampah sarap dan sisa buangan.

“Kita mahu mentransformasikan Sungai Skudai ini (dahulunya antara sungai paling tercemar dalam negara) menjadi salah satu contoh bukan sahaja di negeri Johor tetapi di Malaysia secara ke­seluruhan.”

BACA JUGA: Kerugian Akibat Scam Boleh Cecah RM1.2 Bilion

BACA JUGA: Penyakit Anjing Gila Ragut 13 Nyawa Di Sarawak

BACA JUGA: Taman Permainan Awam Jadi ‘Zoo Mini’ Undang Pencemaran

“Justeru, Kerajaan negeri akan terus melaksanakan program Johor Bersih ini ke fasa seterusnya bagi mencapai objektif untuk memastikan Sungai Skudai sepanjang 52 kilometer ini benar-benar bersih,” katanya selepas menjalankan program pembersihan Sungai Skudai di Sungai Skudai, Taman Impian Emas, pada Ahad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz)

Jelasnya, pihak beliau akan menekankan 10 perkara dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Sungai Skudai yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pembersihan sungai berjalan.

“Antara perkara itu ialah penguatkuasaan empat lokasi perkampungan setinggan dan dua lokasi pencerobohan, penguatkuasaan tapak pembuangan sampah haram, pembersihan fizikal sungai skudai (sistem mekanikal) serta cadangan membina perangkap sampah dan penguatkuasaan pelepasan air sisa.”

Tambahnya, turut dilaksanakan ialah cadangan menaik taraf perangkap sampah sedia ada, mewujudkan Taman Pesisir Air Eko Sungai Skudai, cadangan denai sungai dan penghutanan semula Sungai Skudai.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga akan memindahkan lebih 1,000 kediaman setinggan yang dikesan di sepanjang 52 kilometer jajaran Sungai Skudai bagi memastikan pencemaran sungai itu diatasi sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, penempatan setinggan di Sungai Skudai itu dikenal pasti salah satu punca sungai itu teruk tercemar sehingga kini walaupun kerja pembersihan dilakukan berkali-kali.

Ujarnya, RKK Sungai Skudai bertanggungjawab bagi memastikan penyusunan semula setinggan berjalan dengan lancar dan memastikan sasaran pencemaran Sungai Skudai diatasi dalam tempoh lima tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: