Tempatan

874 Hotspot Banjir Dikenal Pasti Di Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 12 November 2023 – 874 kawasan ‘hotspot’ banjir dikenal pasti di Johor susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda hingga Mac tahun depan, memetik kepada sebuah kenyataan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau telah mengarahkan setiap aset, logistik dan sistem amaran awal bencana diperiksa agar ia berfungsi dengan baik serta memastikan ia siaga untuk dikerahkan apabila berlakunya banjir.

“METMalaysia boleh memberi amaran 3 hari sebelum hujan lebat yang berterusan di daerah masing-masing. Oleh itu, setiap Pegawai Daerah telah diminta untuk membuat Mesyuarat Penyelarasan Bencana dalam tempoh 24 jam selepas mendapat amaran tersebut,” kata beliau.

Memetik kenyataan yang sama, Kerajaan Negeri turut mencadangkan agar program gotong-royong bagi membersihkan saliran, longkang dan parit di setiap daerah dan kampung-kampung diadakan terutamanya melibatkan tempat yang kerap berlaku banjir.

Katanya, ia sedikit sebanyak mampu untuk mengurangkan risiko kenaikan air secara mendadak.

Beliau berkata demikian menerusi Mesyuarat Penyelarasan Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan Pencemaran Sungai Di Negeri Johor.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan, MTL atau musim tengkujuh dijangka bermula 11 November 2023 hingga Mac tahun depan di mana pada fasa awal iaitu pada bulan November hingga Januari depan, hujan lebat dijangka berlaku di beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: