Tempatan

Johor Berpotensi Dilanda Banjir Kilat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR, 17 Mac 2022 – Banjir kilat diramalkan berlaku di seluruh negeri Johor berikutan peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga Mei depan, menurut Angkatan Pertahanan Awam (APM).

APM Johor melalui kenyataannya juga memaklumkan bahawa pihak mereka telah mempersiapkan anggotanya berserta logistik termasuk pacuan empat roda, bot penyelamat dan ambulans sejak dari permulaan Monsun Timur Laut yang berlaku awal Januari lalu bagi menghadapi kemungkinan tersebut.

Justeru, penduduk yang berisiko terjejas banjir dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa dan berpindah keluar sekiranya keadaan banjir di tempat masing-masing bertambah buruk.

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa membawa dokumen penting termasuk kad pengenalan dan sijil kelahiran serta sentiasa mengambil maklum ramalan cuaca harian supaya persediaan selanjutnya dapat dilakukan.

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah melaporkan bahawa negara dijangka akan menerima tiupan angin dari pelbagai arah bermula 14 Mac 2022 dan diramalkan berterusan sehingga pertengahan Mei.

METMalaysia juga mengeluarkan amaran agar semua pihak berjaga-jaga kerana hujan lebat dan ribut petir yang bakal melanggar negara itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: