Antarabangsa

Loji Petrokimia Johor Terbakar, Penduduk Singapura Panik

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 25 Februari 2022 – Kebakaran yang berlaku di sebuah loji petrokimia di Pasir Gudang, Johor bukan sahaja menakutkan penduduk setempat, tetapi juga mencetuskan panik dalam kalangan rakyat Singapura.

Menurut The Straits Times, letusan bebola api yang menjulang tinggi dan kepulan asap besar yang membentuk seakan-akan cendawan akibat kebakaran besar di loji Petrokimia Titan Himont itu menggemparkan penduduk di Punggol dan Pasir Ris.

Bimbang dan terkejut dengan kejadian yang berlaku, mereka segera melaporkannya kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menurut Ms Seow, salah seorang penduduk di Pasir Ris, beliau bimbang kebakaran itu akan mencemarkan kualiti udara Singapura.

“Saya ternampak asap kebakaran sekitar jam 7 malam dari Pantai Pasir Ris. Saya bimbang ia akan sampai ke Singapura dan merosakkan udara (kualiti).”

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan menerima banyak panggilan mengenai insiden kebakaran yang berlaku di timur laut Singapura pada petang Khamis itu.

Polis Johor mengesahkan, selain dari dua mangsa yang melecur pada tangan manakala seorang lagi patah kaki kiri akibat terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian kebakaran kilang di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat pukul 5.16 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kebakaran berpunca daripada dua buah tangki simen yang meletup serta menyebabkan kerosakan pada tangki simen tersebut.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pasir Gudang dengan dibantu pasukan bomba kilang itu kira-kira pukul 8.30 malam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: