Tempatan

HATI-HATI: Hujan Lebat Berterusan Badai Malaysia Hingga Tahun Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 November 2022 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan bahawa musim tengkujuh akan bermula lebih awal dari yang dijangka.

“Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November dan berterusan sehingga Mac 2023.”

Ujar METMalaysia dalam kenyataan sama, seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai. Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

Tambah agensi itu, kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh berikut:

i. 6-11 & 22-27 November 2022
ii 7-12 & 22-26 Disember 2022 6-10 & 21-25 Januari 2023

“Semasa MTL, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan.”

Justeru, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: