Tempatan

Onn Hafiz Menteri Besar Johor Ke-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 15 Mac 2022 – Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu di Istana Bukit Serene kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar itu disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Onn Hafiz, 44, cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO pertama, Allahyarham Datuk Onn Jaafar telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lalu, dengan majoriti 6,543 undi.

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: