NADMA Nafi Edarkan Borang Pendaftaran Bantuan Banjir
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Januari 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menegaskan pihaknya tidak pernah mengedarkan sebarang borang untuk pendaftaran bantuan banjir Monsun Timur Laut (MTL).
“Untuk makluman, NADMA tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.”
Katanya, bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) mangsa yang telah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), urusan pendaftaran adalah berdasarkan senarai ketua isi rumah (KIR) yang telah didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BACA JUGA: Banjir: Pahang Negeri Pertama Memiliki Bot Jenis Amfibia
BACA JUGA: Mangsa Banjir Boleh Mohon Rumah Mesra Rakyat – Ahmad Maslan
BACA JUGA: Musibah Banjir Terengganu, 43,789 Ekor Haiwan Mati
Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS pula, KIR boleh mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat atau di pejabat daerah mengikut lokaliti.
“Mohon hubungi pejabat daerah yang terdekat untuk semua urusan berkaitan bantuan banjir.”