Tempatan

Johor Selaraskan Persiapan Menduduki SPM Dalam Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, 06 Januari 2023 – Persiapan menghadapi banjir dilaksanakan secara lebih rapi di semua daerah Johor merangkumi aspek keselamatan calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, persiapan itu telah pun dibuat sejak November tahun lalu dan akan diselaraskan oleh pegawai daerah di lokasi terjejas.

Katanya, setiap daerah di Johor pernah berdepan situasi sama ketika SPM berlangsung dan kali ini perancangan lebih teratur disusun untuk melancarkan dan memudahkan perjalanan sepanjang minggu peperiksaan.

“Setiap daerah mempunyai cara dan pendekatan mereka untuk mendepani isu tersebut, tetapi Insya-Allah saya yakin dengan kebijaksanaan dan kepimpinan pegawai-pegawai daerah di negeri Johor ini,” katanya.

Ujian Bertutur peperiksaan SPM bagi Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula 8 hingga 11 Januari ini, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17 – 23 Januari), Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari) serta peperiksaan bertulis (30 Januari hingga 7 Mac).

Dalam pada itu berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Johor dijangka akan mengalami hujan lebat berterusan hingga Ahad.

Setakat pagi Jumaat, seramai 1,484 penduduk terjejas banjir direkodkan di empat daerah dilanda banjir negeri itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: