Tempatan

Pekerja Kesihatan Akan Ditambah Untuk Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR, 16 Jun 2023 – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah mengeluarkan kenyataan bahawa seramai 243 ahli perubatan profesional termasuklah doktor dan jururawat akan ditambah di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah.

Manakala dua buah wad di Hospital Sultan Ismail yang sebelum ini ditutup telah pun kembali dibuka dan diteruskan operasi.

BACA JUGA: Fatwa Putuskan Vape Haram – Menteri Agama

BACA JUGA: Kegiatan Judi Belangkas Diserbu, 20 Ditahan

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

Datuk Onn Hafiz dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau gembira untuk memaklumkan bahawa wad 9A dan 10A di Hospital Sultan Ismail yang telah ditutup sejak tahun lalu kini telah dibuka sejak Rabu lalu.

Dalam kenyataan yang sama, beliau memaklumkan bahawa keseluruhan 33 orang staf Kementerian Kesihatan Malaysia akan mula melapor diri pada minggu ini.

“60 orang staf akan mula lapor diri di Hospital Tengku Ismail pada Julai ini manakala 150 orang staf lagi akan mula lapor diri di Hospital Sultanah Aminah juga pada Julai ini.”

Menteri tersebut turut menyatakan bahawa dengan tambahan tenaga kerja ini, beban yang ditanggung oleh petugas kesihatan kini akan diringankan dan keberkesanan perkhidmatan akan dipertingkatkan di beberapa jabatan.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Datuk Onn Hafiz sewaktu sesi pemeriksaan operasi-operasi di Hospital Sultan Ismail (HIS) pada hari ini.

Beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan di peringkat Persekutuan khususnya Kementerian Kesihatan serta Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam meluluskan peningkatan petugas kesihatan di negeri tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: