Antarabangsa

AS Dakwa Tiada Genosid Di Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 06 Januari 2024 – Pihak pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah pimpinan Presiden Joe Biden telah menafikan tuduhan yang menyatakan bahawa Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid.

Sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada Oktober lalu, terdapat pelbagai pihak termasuklah sekutu NATO dan negara-negara lain seperti Afrika dan Turki telah menyatakan bahawa Israel telah melakukan jenayah tersebut.

Walau bagaimanapun, Washington telah bersungguh-sungguh menegaskan bahawa mereka tidak melihat sebarang tanda yang menunjukkan pihak Israel telah melakukan kekejaman dalam operasi mereka di Gaza.

Jurucakap Jabatan Dalam Negeri AS Matthew Miller adalah di antara yang membuat penafian dengan menyatakan, “Tuduhan-tuduhan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan, dan berkenaan dengan Amerika Syarikat, kami tidak melihat sebarang tindakan yang menunjukkan pembunuhan beramai-ramai.”

Selain Miller, jurucakap bagi Persidangan Keselamatan White House John Kirby juga menyuarakan pendapatnya dengan menyatakan bahawa tuduhan-tuduhan yang dikenakan terhadap Israel adalah “tiada merit”.

Minggu lalu, pentadbiran Afrika Selatan telah memfailkan kes genosid terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Turki turut menyatakan sokongan rasmi mereka terhadap tuduhan tersebut pada Rabu lalu.

Kirby selanjutnya menyatakan bahawa kes yang difailkan oleh Afrika Selatan itu adalah “tidak produktif dan sama sekali tidak berasas.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: