Antarabangsa

MP Israel Seru Guna Senjata “Doomsday” Misil Jericho Terhadap Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITUL MUQADDIS, 12 OKTOBER 2023 – Ahli Parlimen Israel, Revital Gotliv telah membuat sebuah kenyataan mengatakan bahawa Israel sepatutnya menggunakan peluru berpandu “Jericho” untuk “meratakan” Gaza “tanpa belas kasihan”.

Gotliv adalah seorang ahli Knesset yang datang daripada parti Likud, parti yang kini memerintah dan dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Kenyataan Gotliv itu telah dimuat naik menerusi laman X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter pada Isnin lalu. Hantaran tersebut adalah seperti berikut,

“Misil Jericho! Misil Jericho! Amaran strategik. Sebelum mempertimbangkan tentang penghantaran tentera. Senjata Kiamat! Ini adalah pendapat saya. Semoga Tuhan mengekalkan kekuatan kita”.

Jericho adalah sebuah misil balistik antara benua Israel, yang mana ianya dikatakan berkemampuan untuk menyerang hampir kesemua lokasi di muka bumi ini.

Difahami bahawa Israel mempunyai anggaran sejumlah 100 ke 200 buah peledak nuklear, yang mana perkara ini sama sekali tidak pernah dinafikan, mahupun diiyakan oleh pihak pemerintah Israel.

Pada Selasa lalu, Gotliv sekali lagi membuat hantaran baharu menerusi media yang sama dengan menyatakan bahawa hanya sebuah letupan yang menggegarkan Timur Tengah saja akan dapat mengembalikan maruah, kekuatan serta keselamatan Israel.

Ujarnya lagi, “Bukan dengan slogan, (namun) dengan penembusan bom-bom. Tanpa belas kasihan”!

Hantaran-hantaran yang dibuat Gotliv itu sama sekali tidak dipadamkan oleh X walaupun dianggap sebagai berkemungkinan melanggar peraturan mengenai ucapan yang bersifat keganasan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: