Tempatan

Pahang Zahir Solidariti, Hantar 30 Tan Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PELABUHAN KLANG, 21 Mei 2024 – 30 tan bantuan kemanusiaan dihantar oleh Kerajaan Pahang ke Gaza menerusi Sekretariat Pahang4Palestine dengan kerjasama Ops Ihsan, semalam.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, majlis tersebut adalah sebagai tanda solidariti dan simpati rakyat Pahang ke atas nasib yang menimpa rakyat Palestin.

Katanya, bantuan dengan kerjasama Ops Ihsan itu dilakukan atas dasar pengalaman dalam menyalurkan bantuan dan mereka juga telah beberapa kali menyertai misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Palestin melalui pesawat dan juga kapal kargo.

“Atas sumbangan kepada tabung Pahang4Palestine, saya selaku Pengerusi Sekretariat Pahang4Palestine mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penderma semua.”

“Saya memberi jaminan bahawa setiap sen yang disumbangkan ke tabung ini akan kita salurkan terus kepada saudara kita di Gaza. Insya-Allah, tabung ini kita tidak akan tutup, dan mana-mana pihak yang berhasrat untuk terus menyumbang kita alu-alukan untuk berbuat demikian,” jelasnya selepas Majlis Pelancaran Flag-Off Barang Bantuan Kemanusiaan Dari Pahang Ke Gaza di NYD Marketing, Pelabuhan Klang, semalam.

Memetik laporan, bantuan barangan tersebut termasuklah pek makanan (retort), selimut dan juga ubat-ubatan yang mana ia akan dihantar bermula 1 Jun ini menerusi jalan laut (kapal) dan akan bergerak dari Pelabuhan Klang dan dijangka tiba di Pelabuhan Said, Mesir pada 4 Julai.

Wan Rosdy turut berkata, misi kemanusiaan ini merupakan kali kedua dilaksanakan bagi penghantaran kepada rakyat Palestin yang mana pada kali pertama iaitu pada tahun 2021, sumbangan sebanyak RM700,000 telah disalurkan menerusi Kempen Dana Tabung Pahang For Palestine dan Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Gaza dan ia digunakan untuk membaik pulih masjid dan sekolah yang musnah dalam serangan yang dilakukan oleh rejim haram aparteid Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: