Antarabangsa

Turki Desak Status Nuklear Israel Diperjelas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BERLIN, 20 November 2023 – Presiden Recep Tayyip Erdogan meminta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa untuk menyiasat bagi menentukan sama ada Israel mempunyai senjata nuklear. Dunia mesti mengetahui kebenaran ini sebelum terlambat, katanya pada hari Sabtu.

Bercakap kepada pemberita dalam penerbangan pulang dari Jerman, pemimpin Turki itu menyatakan bahawa Israel adalah antara segelintir negara yang tidak menyertai Perjanjian 1968 mengenai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, untuk menghadkan pemilikan senjata nuklear.

Walaupun pakar secara meluas percaya bahawa rejim Zionis itu masih mengekalkan dan meneruskan program senjata nuklear, namun negara Yahudi itu tidak mengesahkan atau menafikan kewujudannya.

Demi mengimbangi kepentingan strategik di rantau ini, senjata nuklear Israel mesti diperiksa tanpa sebarang keraguan sebelum ia terlambat dan Ankara akan terus memberi tekanan kepada Israel dalam hal ni, kata Erdogan. Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk tidak membiarkan perkara ini dari berlalu.

Menteri Warisan Amihai Eliyahu telah mencetuskan kemarahan di seluruh dunia Islam pada awal bulan ini apabila beliau memberikan idea untuk menggugurkan bom nuklear di Gaza. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menggantung menteri itu daripada mesyuarat kabinet berikutan kenyataannya tersebut.

Erdogan mengkritik dengan keras operasi ketenteraan Israel di Gaza. Pemimpin Turki itu turut melabelkannya sebagai negara pengganas dan menuduh Pasukan Pendudukan Israel telah melakukan jenayah perang terhadap rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: