Antarabangsa

Penyenaraian Penginapan Negara Haram Aparteid Israel: Booking.com Dedah Isu Keselamatan & Hak Asasi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 22 September 2022 – Syarikat tempahan hotel untuk pelancongan dalam talian, Booking.com merancang memperkenalkan amaran, iaitu pelancong akan berhadapan dengan risiko keselamatan dan hak asasi manusia sekiranya memilih negara haram aparteid Israel sebagai destinasi percutian.

Syarikat terkemuka global itu juga akan meletakkan amaran bahawa pelanggan yang menempah penginapan di negara haram aparteid Israel bakal berada di dalam kawasan ‘dalam pertikaian, terjejas atau berisiko tinggi yang mungkin menimbulkan risiko lebih besar’ terhadap keselamatan.

Booking.com turut merancang meletakkan amaran ini di semua penyenaraian di zon konflik di seluruh dunia.

“Kawasan tertentu di dunia yang terjejas akibat konflik mungkin menimbulkan risiko yang lebih besar kepada pengembara, jadi kami menyediakan pelanggan kami maklumat untuk membantu membuat keputusan dan menggalakkan mereka menyemak garis panduan perjalanan rasmi kerajaan mereka sebagai sebahagian daripada proses membuat keputusan.”

Menurut laporan, amaran ini secara tidak langsung akan memudahkan setiap orang mendapat gambaran awal tentang destinasi di seluruh dunia untuk dipilih sebagai lokasi pelancongan.

Booking.com dikhabarkan akan memperkenalkan amaran tersebut hari ini dan mungkin memasukkan perkataan ‘diduduki’ (secara haram) dalam penyenaraian yang dipinda di penempatan yang ditakluki oleh negara haram aparteid Israel.

Israel menduduki Tebing Barat dan kawasan kejiranan timur Baitulmuqaddis, termasuk Kota Lama, dalam perang Timur Tengah 1967 dan sejak itu, ia telah menempatkan ratusan ribu rakyatnya di wilayah yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: