Antarabangsa

Iran Dedah Peluru Berpandu ‘Hypersonic’ Terbaharu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAN, 20 November 2023 – Iran’s Islamic Revolutionary Guard Corps (IGRC) telah membuat pendedahan mengenai sebuah peluru berpandu ‘hypersonic’ canggih milik Iran pada sebuah majlis yang bertempat di Tehran.

Majlis yang berlangsung pada pada Ahad lalu itu turut dihadiri oleh pemimpin tertinggi negara tersebut, Ayatollah Ali Khamenei.

Peluru berpandu tersebut dikatakan menggunakan teknologi peluncur ‘hypersonic’ yang jarang sekali digunakan.

Peluru berpandu tersebut telah diperkenalkan sewaktu berlangsungnya pameran yang bertempat di Ashura Aerospace Science and Technology University, yang mana majlis tersebut mempamerkan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam teknologi aeroangkasa.

Menurut agensi berita IRNA, peluru berpandu yang dinamakan Fattah-2 itu dilengkapi dengan peledak peluncur ‘hypersonic’ yang meletakkan senjata tersebut di bawah kelas senjata-senjata ‘hypersonic’.

Media negara tersebut juga melaporkan bahawa Iran adalah negara keempat di dunia yang menggunakan teknologi canggih tersebut.

Teknologi baharu tersebut membolehkan peluru berpandu mengubah lintasan penerbangannya setelah dilancarkan yang mana ianya akan membuatkannya lebih sukar untuk menjadi sasaran peluru berpandu musuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: