Imam Masjidil Aqsa Sekali Lagi Ditahan Perisik Rejim Haram Aparteid
BAITULMUQADDIS, 09 Mei 2023 – Imam Masjidil Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri, 85, sekali lagi ditahan oleh pasukan perisik rejim haram aparteid Israel, di Balai Polis Maskubiya di Baitulmuqaddis Barat pada Ahad.
Dalam satu kenyataan, peguamnya, Hamza Qatnieh berkata, perkhidmatan perisikan Israel sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan dakwaan terhadap Sheikh Ekrima Sabri.
Beberapa minggu lalu, akhbar Hebrew, Maariv, mendakwa bahawa Sheikh Ekrima menghasut keganasan, menyokong operasi syahid, dan menyeru untuk berhadapan dengan tentera Israel.
BACA JUGA: Pejuang Hamas Kutuk Pengajaran Bible Di Masjidil Aqsa
BACA JUGA: Awas! Harimau Bukit Berekeh, Perak, Mula Mengganas
BACA JUGA: PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini
Akhbar itu turut menyatakan kekesalan atas pembebasan pendakwah terkemuka Masjidil Aqsa itu. Bagi Maariv, Sheikh Ekrima sepatutnya terus dipenjarakan.
Menurut media antarabangsa, Sheikh Ekrima telah menjadi sasaran kempen hasutan sistematik oleh media rejim haram aparteid Israel dan kumpulan sayap kanan.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sheikh Ekrima telah beberapa kali ditangkap dan dipanggil untuk disoal siasat, diharamkan dari Masjid Al-Aqsa dan sekitarnya selama berbulan-bulan pada satu masa, dilarang melancong ke luar negara dan dihalang daripada berkomunikasi dengan personaliti Palestin di negara itu.
Pada tahun 2017, Sheikh Ekrima dalam satu temu bual bersama Arab News secara tegas dan lantang memberi amaran kepada rejim haram aparteid Israel dengan menyatakan,
“Jauhi Al-Aqsa! Jika mahu kedamaian. Ini adalah ketetapan Tuhan. Haram al-Sharif adalah milik orang Islam. Tetapi kita harus tahu orang Yahudi itu merancang untuk menghancurkan Masjidil Haram.”