PBB: Perang Israel di Gaza Cetus Krisis Alam Sekitar
NEW YORK, 23 Jun 2024 – Peperangan Zionis Israel ke atas Gaza telah mencetuskan krisis alam sekitar yang belum pernah terjadi sebelumnya di wilayah tersebut, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa dalam laporan baharu mengenai kesan alam sekitar perang tersebut.
Menurut laporan tersebut, peperangan itu telah memusnahkan sistem sanitasi serta meninggalkan bertan-tan serpihan dari bahan letupan dan menyebabkan pencemaran besar.
Dapatan laporan tersebut menyatakan bahawa senjata letupan yang digunakan dalam perang telah menghasilkan sekitar 39 juta tan serpihan, dengan setiap meter persegi Gaza dipenuhi lebih daripada 107 kilogram serpihan secara purata.
Sistem air, sanitasi dan kebersihan di Gaza juga didapati hampir sepenuhnya tidak berfungsi dengan lima loji rawatan air sisa di wilayah tersebut telah ditutup, menurut laporan itu.
“Semua ini sangat membahayakan kesihatan orang ramai, keselamatan makanan dan ketahanan Gaza,” kata Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar PBB (UNEP), Inger Andersen.
Laporan PBB itu adalah hasil daripada permintaan dari Pihak Berkuasa Kualiti Alam Sekitar Palestin pada Disember, di mana ia menggesa UNEP untuk menyiasat kerosakan alam sekitar di Gaza.