Antarabangsa

Peperangan Gaza Berdekad-Dekad, Malaysia & Jerman Gesa Titik Noktah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 12 Mac 2024 – Malaysia dan Jerman bersetuju bahawa peperangan di Gaza yang sudah berlanjutan selama beberapa dekad perlu ada titik noktah.

Menerusi ciapan di laman X, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, “Kami juga menggesa agar gencatan senjata kekal dilaksanakan di Gaza selain pembebasan tawanan manakala bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin disegerakan.”

Anwar dan Canselor Jerman, Olaf Scholz membuat gesaan tersebut selepas mengadakan pertemuan dua hala di Canselori Persekutuan, Jerman semalam.

Mengulas lanjut mengenai hubungan dengan gerakan pejuang Hamas, Anwar berkata, Malaysia mempunyai hubungan dengan sayap politik itu namun menegaskan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Ujarnya, dasar luar Malaysia konsisten dan menentang aparteid serta pembersihan etnik.

Beliau turut menegaskan, kekejaman berdekad-dekad tidak boleh dipadam dengan hanya melihat sebelah pihak termasuk pembunuhan wanita dan kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: