Tempatan

Selesaikan Masalah Telur dan Simen Dahulu – Wan Saiful Wan Jan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

SHAH ALAM, 10 Disember 2022 – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tersilap keutamaan apabila tidak menyelesaikan masalah telur dan simen terlebih dahulu.

“Telur dan simen sepatutnya menjadi keutamaan Anwar Ibrahim. Tapi Anwar utamakan beras.”

Wan Saiful menegaskan, dua isu penting ini haruslah diselesaikan dahulu memandangkan isu tersebut bukan perkara baru.

“Dua isu ini bukan baru bermula semalam. Sepatutnya, siapa juga menjadi Kerajaan selepas PRU-15, inilah keutamaan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.”

“Bila dah jadi Kerajaan, kita perlu tahu apa keutamaan. Tidak boleh lagi bermentaliti pembangkang populis,” katanya di dalam laman Facebook miliknya.

Sementara itu Wan Saiful turut bersetuju agar monopoli dihapuskan, namun Kerajaan tidak sepatutnya mengamalkan sikap pilih bulu dalam menegur pemain industri.

“Tak adakah keinginan nak tegur tauke-tauke kaya ‘tertentu’ dalam industri berkaitan telur dan simen? Itu sepatutnya jadi keutamaan Kerajaan.”

“Saya setuju jangan ada monopoli tetapi letaklah keutamaan yang betul dan jangan lindungi tauke-tauke kawan-kawan PH-DAP daripada ‘teguran’. Jangan pilih bulu.”

Terdahulu, samudera.my pernah melaporkan harga roti canai terpaksa dinaikkan ekoran para peniaga menggunakan telur premium bagi meneruskan perniagaan mereka apabila menghadapi situasi terputus bekalan telur ayam.

Malah, kontraktor seluruh negara juga dilaporkan terbeban akibat kenaikan harga simen sehingga 30 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: