Antarabangsa

Lebih 40% Anak Muda Gaza Putus Harapan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 29 September 2022 – Lebih 40 peratus anak muda Gaza putus harapan untuk mencari pekerjaan dalam tempoh 15 tahun akan datang, susulan konflik berterusan di wilayah itu, lapor Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).

Menurut ICRC, dua pertiga daripada penduduk Gaza berusia antara 18 dan 29 tahun masih bergantung kepada keluarga mereka dari segi pendapatan. Mereka juga percaya bahawa fasa kehidupan mereka seterusnya akan terus berada dalam keadaan kritikal seperti yang mereka hadapi beberapa tahun kebelakangan ini.

“Peperangan dan penutupan telah memberi kesan negatif kepada semua belia di Gaza, bukan hanya saya,” ujar Laith Rashdan, seorang graduan universiti berusia 25 tahun.

“Kami hanya ingin hidup normal seperti orang lain di seluruh dunia. Kami mahu bergerak bebas, melancong, dan mempunyai pekerjaan yang memuaskan,” tambah Nouran Al-Zaeem, pemuda berusia 23 tahun.

Dalam pada itu, hampir 90 peratus rakyat yang mengadu kepada ICRC menganggap kehidupan mereka sebagai ‘tidak normal’ akibat daripada permusuhan yang berlaku dan hampir semua daripada mereka terjejas teruk oleh kadar pendapatan rendah, kekurangan pekerjaan dan akses kepada perkhidmatan asas.

ICRC turut melaporkan bahawa sekatan rejim haram aparteid Israel terhadap pergerakan barangan dan orang sejak 15 tahun lalu telah menyumbang dengan mendadak kepada kemerosotan keadaan ekonomi dan kemanusiaan di wilayah Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: