Tempatan

Penempatan Ke Universiti Awam Sengit Tahun Ini – Ketua Pengarah Pendidikan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 September 2022 – Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Husaini Omar mengatakan bahawa persaingan ke universiti awam (UA) pada tahun ini sangat sengit, lapor berita tempatan.

Katanya dalam taklimat mengenai UPUOnline hari ini, “Tempat di UA adalah terhad manakala persaingan untuk mendapatkan tempat adalah terlalu tinggi.”

Menurutnya, pihak KPT menerima sebanyak 115,477 permohonan calon untuk memasuki UA pada tahun ini dan seramai 90,745 calon sahaja melepasi syarat am. Walau bagaimanapun, KPT memaklumkan hanya 71,615 calon berjaya mendapat penempatan di 20 UA.

Taklimat tersebut diadakan selepas ramai pemohon yang tidak berjaya, meluahkan kesedihan mereka di media sosial meskipun memperoleh markah cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Selain itu, isu ini juga telah menyebabkan ramai pemohon tidak mendapat kursus pilihan mereka, terutamanya kursus-kursus popular seperti perubatan, perakaunan dan juga pergigian.

Tambahnya, tawaran kemasukan dibuat berdasarkan sistem meritokrasi, dengan mengambil kira markah akademik dan kokurikulum serta keputusan Malaysian University English Test (MUET). Pemohon juga perlu memenuhi kriteria kursus yang ditetapkan universiti, di samping lulus dalam temu duga atau peperiksaan kemasukan jika perlu.

Husaini turut menjelaskan, kecuaian para pelajar tidak mengisi sepenuhnya 12 pilihan yang disediakan dalam borang Unit Pusat Universiti (UPU) menyebabkan mereka gagal mendapat tempat di universiti awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: