Tempatan

Jenayah Israel: Dunia Sedang Menonton, Tidak Berbuat Apa-Apa – Tun M

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Disember 2023 – “Seluruh dunia sedang menonton ini di TV. Dan seluruh dunia tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan pembunuhan besar-besaran ini,” tempelak mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir berhubung jenayah kekejaman Israel terhadap ribuan rakyat Palestin ketika ini.

Menerusi ciapan di X, Tun Mahathir berkata beliau sudah hilang kepercayaan kepada tamadun kita.

“Kita tidak boleh bertamadun sekiranya kita membenarkan pembunuhan beramai-ramai dilakukan dalam pandangan penuh dunia. Itu yang berlaku kepada penduduk Gaza.”

Jelas Tun M, “Lelaki, wanita, kanak-kanak lelaki dan perempuan, bayi, pesakit di hospital, orang kurang upaya (OKU); kesemua mereka dibunuh. Alasannya ialah tindak balas terhadap Hamas kerana menyerang Israel.”

Menurut beliau lagi, setakat hari ini, lebih 16,000 rakyat Palestin di Gaza terbunuh. Kota Gaza dihancurkan dan rakyat tidak mempunyai bumbung di atas kepala mereka. Mereka hanya mampu tinggal di tempat terbuka kerana dilarang tinggal di hospital dan sekolah yang turut dihancurkan rejim Zionis.

Memetik akhir kenyataan, Tun M bertegas, “Bagaimana kita boleh mengaku bertamadun sedangkan pembunuhan beramai-ramai boleh dilakukan dalam pandangan penuh dunia dan dunia tidak melakukan apa-apa untuk menegakkan pegangan bahawa hak yang mesti dimiliki manusia ialah hak untuk hidup.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: