Antarabangsa

OANA Gesa Wartawan Dilindungi Di Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 22 Oktober 2023 – Pertubuhan Agensi Berita Asia-Pasifik (OANA) pada Khamis menggesa agar wartawan yang membuat liputan di Gaza dilindungi keselamatan mereka.

Memetik kepada laporan agensi berita, OANA menyatakan bahawa ketegangan yang berlaku antara Israel dan Palestin telah berada pada tahap yang mengancam keselamatan wartawan di rantau itu.

Menurutnya, “Sebagai wartawan, kami telah menjadi sasaran keganasan yang serius kerana hanya menjalankan tugas kewartawanan kami dengan penuh kesetiaan walaupun menghadapi segala kesukaran.”

Kata OANA, “kesucian nyawa mereka adalah sesuatu yang sangat penting” dan mereka memberikan komitmen mereka untuk memperjuangkan keselamatan dan keamanan semua wartawan.

“Tiada alasan untuk menjadi mangsa kepada tindakan yang sedemikian yang juga jelas melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa,” tegas agensi itu lagi.

Sejak bermulanya ketegangan pada 7 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis mengesahkan sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan lebih 12,000 orang tercedera.

Laporan yang sama turut mengatakan bahawa Gaza sedang berdepan dengan krisis kemanusiaan yang sangat teruk tanpa bekalan elektrik manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan pula mulai kehabisan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: