Antarabangsa

Al-Azhar Gesa Lancarkan Siasatan Antarabangsa Terhadap Jenayah Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KAHERAH, 15 Oktober 2023 – Al-Azhar Al-Sharif menyeru kerajaan Arab dan Islam menjalankan siasatan antarabangsa ke atas jenayah perang entiti Zionis terhadap kanak-kanak, wanita dan orang tua di Semenanjung Gaza.

Menerusi sebuah kenyataan, institusi Islam itu memberi amaran bahawa menyasarkan orang awam termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua serta pengeboman hospital, masjid, sekolah, pasar dan tempat perlindungan orang awam adalah jenayah perang yang jelas.

“Jenayah perang entiti Zionis itu juga termasuk pengepungan yang menyekat dan tidak berperikemanusiaan di Semenanjung Gaza, penggunaan senjata berat yang diharamkan mengikut undang-undang antarabangsa dan etika bersama, pemotongan bekalan elektrik dan air, serta menghalang akses kepada bekalan makanan dan kemanusiaan, bantuan-bantuan kepada Semenanjung Gaza terutamanya hospital dan pusat kesihatan.”

Tambah Al-Azhar, mereka perlu mengambil sikap serius dan bersatu dalam menghadapi campur tangan Barat yang tidak berperikemanusiaan menyokong pencabulan Zionis terhadap semua hak rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Menurutnya, sokongan Barat dan persetujuan mereka terhadap jenayah rejim itu mencerminkan pembohongan dan penyelewengan yang konsisten, pemalsuan fakta dan sikap ‘double standard’.

Tegas Al-Azhar di akhir kenyataan, “Biarkan seluruh dunia tahu bahawa setiap pendudukan akhirnya akan pupus, cepat atau lambat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: