Antarabangsa

Mangsa Perang Proksi, Syria Kini Berdepan Wabak Kolera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 30 September 2022 – Penularan wabak Kolera yang sedang berlaku di Syria kini telah menyebabkan 29 kematian dan membahayakan petugas barisan hadapan serta telah memberi kebimbangan terhadap kem-kem pelarian yang sesak yang turut mengalami masalah kekurangan air serta sistem kumbahan.

Permulaan wabak tersebut dikaitkan dengan air yang telah tercemar berhampiran dengan sungai Euphrates dan kini ianya telah merebak ke seluruh negara. Sekurang-kurangnya 2,000 kes telah dilaporkan baik dari wilayah yang ditadbir oleh pihak kerajaan mahupun wilayah yang dikawal pihak pemberontak.

Menurut Sobha Al-Jadoue, mangsa peperangan yang kini tinggal di kem pelarian di Idlib, mereka tidak dapat melelapkan mata mahupun duduk diam kerana bau busuk yang mencemari kem mereka. Bahkan menurutnya juga, beberapa hari yang lalu air kumbahan telah tumpah ke dalam khemah mereka. Ujar beliau,

“Bagaimana saya tak akan dijangkiti Kolera jika air kumbahan mengalir betul-betul di sebelah khemah kami?”

Konflik yang berlaku di Syria telah menyebabkan negara tersebut terdedah kepada pelbagai risiko berikutan kemusnahan infrastruktur yang terjadi seperti sistem perpaipan serta loji rawatan air.

Kes pertama Kolera di negara tersebut mula-mula dikenal pasti pada 5 September tahun ini di daerah Deir Ezzor, sebelum ianya dilaporkan merebak ke kawasan-kawasan yang lain seperti di bandar Raqqa dan Hasaka sebagaimana yang dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan bagi pentadbiran kelompok Kurdish di timur laut Syria, Jawan Mustafa.

Menurut Jawan, terdapat lebih daripada 4,350 kes yang disyaki sebagai Kolera di kawasan timur laut Syria dan kini terdapat 100 kes yang benar-benar dikenal pasti sebagai Kolera. Ujarnya lagi,

“Kes semakin meningkat, namun kami bernasib baik kerana kadar peningkatan itu adalah perlahan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: