Antarabangsa

Pengeboman Hospital Gaza, Israel Sifatkan Laporan BBC ‘Blood Libel’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 20 Oktober 2023 – Pihak rejim Israel telah membuat kritikan terhadap media BBC berikutan liputan media tersebut berkenaan letupan di Hospital Al-Ahli Arab, Gaza yang telah menyebabkan ratusan nyawa terkorban.

Menerusi kritikan tersebut, pihak rejim telah menyifatkan bentuk liputan BBC itu sebagai sebuah “blood libel” moden.

Ianya berlaku apabila seorang wartawan BBC menyatakan pada Selasa lalu, sejurus setelah berlakunya letupan tersebut, bahawa terdapat kesamaran dalam hal itu namun ianya berkemungkinan disebabkan serangan tentera Israel.

Namun pihak rejim Israel sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut dan meletakkan kesalahan tersebut pada pihak lawan mereka.

Menerusi sebuah pesanan yang dimuat naik oleh akaun rasmi rejim Israel di laman X pada Khamis lalu, pihak rejim menulis,

“Hei @BBC World, sehingga pagi ini, “blood libel” moden kamu masih ada. Kami lihat kamu, dan kini semua orang pun buat perkara yang sama”.

Istilah “blood libel” moden itu merujuk kepada salah satu teori konspirasi yang menyatakan bahawa orang Yahudi menggunakan darah orang Kristian sewaktu ritual keagamaan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: