Antarabangsa

Konvoi Kemanusiaan Ketiga Tiba Di Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RAFAH, 24 Oktober 2023 – Konvoi ketiga trak bantuan kemanusiaan yang menghantar air, makanan dan ubat-ubatan memasuki Semenanjung Gaza yang dikepung oleh rejim Israel selepas perang meletus, dengan melalui lintasan Rafah pada hari Isnin.

Lintasan keluar masuk ini adalah lintasan utama yang tidak bersempadan dengan Israel. Ia telah menjadi tumpuan dalam usaha untuk menyampaikan misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Penghantaran bantuan kemanusiaan melalui persimpangan Rafah dari Mesir bermula pada Sabtu lalu, selepas berlaku pertelagahan mengenai prosedur pemeriksaan bahan bantuan dan setelah berlakunya pengeboman di sebelah sempadan Gaza yang menyebabkan bahan bantuan terkandas di Mesir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata sekurang-kurangnya 100 trak sehari diperlukan untuk menyediakan keperluan asas bagi 2.4 juta penduduk Gaza ketika pengeboman besar-besaran yang dicetuskan oleh rejim Israel.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut memberi amaran bahawa dengan larangan kemasukan bahan api oleh rejim Israel akan menyebabkan rizab bahan api akan kehabisan dalam tempoh dua hari.

Pekerja bantuan berkata, lebih banyak bantuan diperlukan untuk menangani krisis kemanusiaan yang semakin meningkat di Gaza, di mana separuh daripada 2.3 juta penduduk wilayah itu telah meninggalkan rumah mereka dengan ribuan lain telah terbunuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: