Netanyahu Ikrar Musnahkan Hamas
TEL AVIV, 16 Oktober 2023 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berikrar untuk “memusnahkan Hamas” pada ketika 300,000 rejim haram apartheid Israel berkumpul di Semenanjung Gaza dipercayai bagi melancarkan serangan darat untuk mencari dan menyerang pejuang Hamas.
Kata pemimpin Israel tersebut, “Hamas menyangka kami akan musnah.”
“Ia adalah kami yang akan memusnahkan Hamas,” katanya memetik kepada sebuah laporan berita antarabangsa.
Netanyahu telah mengadakan Kabinet perang buat pertama kalinya termasuk Ahli Parlimen pembangkang, Benny Gantz dalam apa yang dikatakan Netanyahu sebagai perpaduan nasional.
Menurutnya, semua pemimpin Israel “bekerja sepanjang masa, dengan barisan yang bersatu.”
Memetik kepada laporan berlainan, pejuang Hamas telah mengingatkan penduduk Gaza agar tidak mengendahkan mesej daripada Israel yang menggesa mereka untuk berpindah.