Antarabangsa

Zionis Tahap Paling Teruk Sejak 75 Tahun – HAMAS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 20 Oktober 2023 – Musuh hari ini berada dalam keadaan paling teruk sejak 75 tahun pendudukan.

Jurucakap Briged Al-Qassam, sayap tentera pejuang Hamas, Abu Ubaidah mengesahkan perkara itu dan berkata bahawa pihak mujahidin masih mengawal medan pertempuran dan tahu bila masa untuk menyerang.

Tambah beliau, menerusi ucapan audio, Al-Qassam bersedia menghadapi pertempuran panjang sekali gus menekankan bahawa sokongan Amerika terhadap entiti Zionis tidak akan membantu atau menyelamatkannya.

Sehubungan itu, Abu Ubaidah menyeru rakyat bebas seluruh dunia supaya bergerak dan berhimpun di hadapan kedutaan zionis Israel dan Amerika Syarikat (AS) di negara masing-masing untuk mempertahankan maruah dan menjanjikan pendudukan bahawa pejuang Palestin tidak akan membiarkan jenayah mereka berterusan terjadi terhadap rakyat Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: