Isu Wartawan Palestin Ditembak Zionis: Netizen Gesa OIC Lebih Tegas
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JEDDAH, 13 Mei 2022 – Pengguna laman Twitter menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertindak lebih tegas terhadap isu wartawan Palestin yang ditembak kejam oleh zionis Israel baru-baru ini.
Melalui kenyataan media OIC, mereka mengutuk keras tindakan pembunuhan zionis Israel terhadap wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh ketika membuat liputan tentang serbuan tentera Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat, Palestin.
The Organization of Islamic Cooperation (OIC) expressed strong condemnation of the assassination of Al-Jazeera @AJEnglish correspondent, #ShireenAbuAkleh, in the #Palestinian territories, stressing that this crime constituted a blatant violation of international laws and norms. pic.twitter.com/eNVxQKxP5R
— OIC (@OIC_OCI) May 11, 2022
Mengulas lanjut, mereka menyatakan bahawa jenayah tersebut merupakan pencabulan secara terang-terangan terhadap undang-undang dan norma antarabangsa.
Namun demikian, rata-rata pengguna Twitter mendesak OIC mengambil tindakan lebih tegas terhadap jenayah antarabangsa itu, di mana seorang pengguna menyatakan:
“Jangan hanya mengeluarkan kata-kata dan mengutuk.. Bertindaklah kumpulkan semua pemimpin Islam bersama dan tentukan tindakan.”
Don't just express in words and condemn.. React bring all Muslim leaders together & decide line of action
— Aftab Siddique (@alm144) May 11, 2022
Seorang pengguna lain pula menyatakan:
“Perkataan ‘strong condemnation’ (dalam kenyataan OIC), tiada kaitan dengan perkataan tersebut. Kita selalu guna perkataan ini, selepas itu kita senyap. Adakah kamu rasa perkataan ini mempunyai nilai tertentu. Tiada, kosong. Nilainya ialah “kami menyerah diri”. Kita adalah hamba… Sekarang masanya untuk bertindak bukan menggunakan kata-kata,” ujarnya.
The word "strongly Condimention", nothing to do with this word sir. We always use this word, after that we silence on that. Did you think this word have some value. Nothing zero,the value is "we surrender". We are slaves…
Sir its time to action not using words.— Muhammad Arshad 🇵🇰 🕊️ (@Muhamma56058391) May 11, 2022
“Kenapa negara Islam tidak mengharamkan Israel, banyak negara menjalinkan hubungan baik dengan Israel, itu adalah kutukan yang besar,” ujar seorang lagi pengguna.
Shireen Abu Akleh merupakan seorang wartawan veteran Al-Jazeera yang berani dan lantang menyuarakan perjuangan rakyat Palestin sepanjang kerjayanya yang menjangkau hampir tiga dekad.