Antarabangsa

Tiada Siapa Boleh Menafikan Pembunuhan Beramai-Ramai Terhadap Palestin – PM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 20 Ogos 2022 – “Kami tidak menafikan pembunuhan beramai-ramai yang dikenakan terhadap Yahudi, kami tidak menafikan kehancuran yang berlaku, tetapi tiada siapa pun boleh menafikan pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan terhadap rakyat Palestin.”

Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh menegaskan kenyataan berikut susulan kecaman yang diterima Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kerana mengatakan bahawa Israel telah melakukan “50 Holocaust” terhadap rakyat Palestin.

Baru-baru ini, semasa berlangsungnya sidang akhbar bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin, Abbas menerima soalan, adakah beliau akan memohon maaf kepada Israel di atas serangan Palestin pada 1972 di Munich.

Beliau menjawab, “Tentera Israel membunuh (Palestin) setiap hari… Sejak 1947 hingga hari ini, Israel telah melakukan 50 pembunuhan beramai-ramai di 50 kampung Palestin, 50 Holocaust terhadap rakyat Palestin.”

Muhammad Shtayyeh menjelaskan bahawa Abbas tidak menafikan kehancuran malah memberitahu dunia untuk tidak menutup mata terhadap kekejaman Israel membunuh rakyat Palestin beramai-ramai.

Beliau turut menegaskan, Palestin menolak sikap pilih kasih masyarakat antarabangsa terutamanya apabila Abbas menghadapi serangan yang belum pernah terjadi sebelum ini oleh rejim Israel dan sekutunya.

Ujar beliau, “Pembunuhan beramai-ramai adalah pembunuhan beramai-ramai tanpa mengira siapa mangsanya, pendudukan adalah pendudukan tanpa mengira di mana dan bila, kolonialisme adalah penjajahan dalam semua bentuknya.”

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin, zionis Israel telah memusnahkan 531 kampung Palestin, melakukan lebih daripada 70 pembunuhan beramai-ramai sekali gus mengorbankan kira-kira 15,000 rakyat Palestin semasa penubuhan negara pendudukan haram Israel.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: