Antarabangsa

Ugut Bunuh Hamas Seluruh Dunia, Türkiye Beri Amaran Terhadap Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 05 Disember 2023 – Pihak berkuasa Turkiye memberi amaran kepada rejim Zionis Israel berhubung cubaan mereka untuk membunuh anggota pejuang Hamas yang tinggal di Turkiye baru-baru ini.

Memetik laporan akhbar, Ronen Bar, ketua agensi perisikan Israel, Shin-Bet berkata dalam siaran rakaman bahawa Israel ‘bertekad untuk membunuh pemimpin Hamas di seluruh dunia termasuk Qatar, Turkiye dan Lubnan walaupun jika ia mengambil masa bertahun-tahun’.

Maklum balas daripada ‘ugutan’ tersebut, pegawai Turkiye berkata ia akan membawa akibat yang serius dan amaran diberikan kepada pegawai Zionis itu.

Mengulas lanjut, pegawai tersebut juga menyebut, pelbagai perkhidmatan perisikan asing cuba melakukan aktiviti haram di Turkiye namun tidak berjaya. Tegas beliau, sebarang perkhidmatan perisikan luar tidak dibenarkan menjalankan operasi di bumi republik itu.

Sementara itu, pegawai tersebut turut mengutuk kekejaman serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang kini membunuh hampir 16,000 nyawa sekali gus menekankan bahawa Hamas bukanlah kumpulan pengganas seperti yang dituduh rejim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: