Antarabangsa

Kematian Di Gaza, Ada Yang Tak Kena – Guterres

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 13 November 2023 – Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata pada hari Rabu bahawa jumlah orang awam yang terbunuh di Semenanjung Gaza menunjukkan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan operasi ketenteraan rejim Zionis terhadap pejuang Palestin Hamas.

Guterres turut membandingkan jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza dengan jumlah korban dalam konflik di seluruh dunia yang dilaporkannya setiap tahun di mana jumlah maksimumnya adalah dalam ratusan sahaja.

Beliau yang berada beberapa hari di Gaza, telah melaporkan beribu-ribu kanak-kanak telah terbunuh dan ini membuktikan bahawa terdapat sesuatu yang jelas salah dalam cara operasi ketenteraan yang dilakukan oleh rejim Zionis, katanya.

Pegawai Palestin berkata, seramai 10,569 orang kini telah terbunuh manakala 40 peratus daripadanya adalah kanak-kanak.

Di sebalik pencerobohan rejim Zionis yang masuk secara ketenteraan itu adalah untuk memusnahkan keupayaan dan kekuatan Hamas yang sering mengancam Israel, kata seorang pegawai rejim, yang bercakap dengan syarat namanya tidak akan disiarkan.

Pegawai tersebut turut mendakwa bahawa operasi ketenteraan itu berkesan dan berjaya serta akan mengambil masa yang lama. Walaupun fasa operasi ketenteraan ini telah diselesaikan, namun beberapa tindakan terhadap baki infrastruktur ketenteraan mereka masih perlu diambil, tambahnya lagi.

Sebelum ini rejim Zionis itu juga telah berikrar untuk melaksanakan operasi ketenteraan udara dan darat bagi menghapuskan Hamas selepas pejuang itu melakukan serangan balas pada 7 Oktober yang lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: