Bunuh Bayi & Kanak-Kanak Palestin: Langkah Selamat Zionis Israel Musnahkan Hamas
KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – Membunuh bayi dan kanak-kanak Palestin dipercayai merupakan langkah selamat untuk Zionis Israel mencapai objektif mereka memusnahkan Hamas sepenuhnya.
Tegas Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ciapan di laman X, “Memandangkan bom dan roket tidak dapat mengenal pasti Hamas, semua rakyat Palestin mesti dibunuh kerana di antara mereka akan ada Hamas.”
“Bayi dan kanak-kanak Palestin yang juga akan dibunuh hanyalah cagaran. Selain itu, mereka berkemungkinan akan menjadi ahli Hamas apabila dewasa. Jadi membunuh mereka adalah sebahagian daripada perang untuk keselamatan Israel.”
Dalam pada itu, Tun M menekankan bahawa perang Israel ke atas Gaza hanya akan tamat apabila Hamas sudah tiada.
Justeru, “Memandangkan ini hanya boleh berlaku apabila semua orang di Gaza terbunuh dan tidak wujud lagi, pembunuhan beramai-ramai perlu dilakukan.”
Lanjutan itu, beliau turut menjelaskan peranan Amerika Syarikat (AS) dalam konflik ini, terutamanya apabila Majlis Keselamatan AS enggan meluluskan resolusi gencatan senjata yang menyebabkan 200 rakyat Palestin dibunuh rejim haram Israel.